Ikuti Kami:

“Tak Selesa Nanti” – PD ‘Running Man’ Jawab Dakwaan Paksa ‘Love Line’ Kim Jongkook & Song Jihyo

“Tak Selesa Nanti” – PD ‘Running Man’ Jawab Dakwaan Paksa ‘Love Line’ Kim Jongkook & Song Jihyo

Meskipun bermula dengan aktiviti kejar-mengejar, namun “Running Man” kini menarik perhatian ramai kerana sesi perbualan kelakar di antara ahlinya.

Hanya sembang kosong dan penuh usikan, namun keserasian antara Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Jun So-min terserlah pada saban episod.

Walau bagaimanapun, antara topik yang sering dibangkitkan ialah ‘love line’ antara mereka. Ianya menjadi punca usikan apabila Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo duduk bersebelahan mahupun hubungan Yang Se-chan dan Jun So-min yang tercipta sejak awal penyertaan mereka lagi.

song jihyo kim jongkook

Pun begitu, ada sesetengah penonton yang mengatakan ‘love line’ ini nampak dipaksa. Namun Choi Bo-pil iaitu PD “Running Man” menjelaskan dalam sebuah temubual baru-baru ini bahawa tiada paksaan daripada pihak produksi dan ia hanyalah cara ahli berseloroh antara satu sama lain,

Bukannya pihak produksi sengaja menekankan ‘love line’, setiap ahli menolak antara satu sama lain dan berseloroh mengenai masing-masing. Kerana ia kelakar dan menyeronokkan bagi mereka. Kalau pihak produksi memaksa hubungan cinta, ianya nampak janggal dan tidak selesa. Jadi, saya membiarkan mereka bermain sesama sendiri.

choi bopil running man

Maknanya memang ahli “Running Man” sendiri selesa berseloroh mengenai ‘love line’ itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...