Syok betul bila dapat tahu Yoo In-na kembali dengan sebuah drama komedi romantik yang saspens baru iaitu “The Spies Who Loved Me”.
Sinopsis ringkas
Drama ini membawa kisah seorang wanita yang terperangkap dalam dunia perisikan. Kang Ah-reum (Yoo In-na) ialah seorang pereka gaun perkahwinan yang pernah berkahwin sebanyak dua kali di mana kedua suaminya menyimpan pelbagai rahsia yang memeningkan. Jun Ji-hoon (Eric) pula ialah bekas suami wanita tersebut dan merupakan ejen yang tidak boleh dijangka di Interpol. Derek Hyun (Im Joo-hwan), si suami sekarang pula ialah perisik korporat yang sangat bijak dan juga gila dengan persaingan.
Pengenalan yang dipenuhi rahsia
[Amaran SPOILER]
Selepas melalui pelbagai salah faham sepanjang perkahwinan mereka dan Jun Ji-hoon yang ditangkap ‘curang’, Kang Ah-reum kemudiannya berpisah dengan lelaki itu untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun wanita itu yang dipenuhi dengan fantasi romantik langsung tidak berputus asa mengejar cerita cintanya, akhirnya berkenalan dengan Derek Hyun dan berkahwin dengan lelaki itu.
Setelah sekian lama tidak berjumpa, Kang Ah-reum bertemu semula dengan bekas suaminya di kepulauan Jeju di mana mereka mempunyai agenda yang lain. Jun Ji-hoon bagi menyelesaikan misi pengintipannya dan menyorok di bawah identiti ‘penulis travel’ manakala wanita itu pula ke sana untuk menyambut parti bujang rakan baiknya, Sophie (Yoon So-hee) yang bakal berkahwin.
Pun begitu, semuanya bertukar gelap apabila Sophie yang menghilangkan diri dan menghubungi Kang Ah-reum memberitahu supaya tidak percayakan sesiapa. Dalam diam, Sophie sebenarnya mempunyai kaitan dengan satu organisasi pengintipan besar malah mempunyai kaitan dengan Derek Hyun, suami Kang Ah-reum.
Jun Ji-hoon yang juga dalam misi mengejar Sophie telah mengikut jejak Kang Ah-reum yang sedang mencari rakannya disapa dengan berita mengejutkan apabila mereka berdua melihat wanita itu mati dibunuh dalam ‘merry-go-round’ di sebuah taman tema.
Walaupun masih samar-samar, Kang Ah-reum sepertinya tidak tahu bahawa bekas suami yang dipanggil pemalas dan suaminya kini yang disayangi sepenuh hati sebenarnya merupakan ejen perisik dalam diam.
[SPOILER Tamat]
Rating biasa pada awal tayangan
Meskipun bermula dengan baik pada episod awal dengan catatan rating sebanyak 3.7% dan 4.3% namun “The Spies Who Loved Me” menunjukkan sedikit penurunan ketika tayangan episod kedua iaitu 3.0% dan 3.2%.
Pun begitu, penonton mengatakan bahawa tayangan pengenalan drama ini agak menyeronokkan dan mereka akan terus menonton episod akan datang. Siapa tahu ratingnya akan meningkat nanti kan?
Saksikan “The Spies Who Loved Me” di MBC pada setiap hari Rabu dan Khamis!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.