Ikuti Kami:

“Tak Sangka Dia Macam Tu” – Foto Terbaru Han Sohee Di IG Dikritik Peminat Jepun, Tapi Kenapa?

“Tak Sangka Dia Macam Tu” – Foto Terbaru Han Sohee Di IG Dikritik Peminat Jepun, Tapi Kenapa?

Baru-baru ini, Han So-hee telah dituduh sebagai ‘anti-Jepun’ menerusi imej yang dimuat naiknya di Instagram.

Pada 25 Disember, Han So-hee telah berkongsi gambar Ahn Jung-geun, seorang aktivis kemerdekaan Korea yang dibunuh oleh pihak berkuasa Jepun. Tulis wanita itu di ruangan kapsyen,

Bukan percintaan Gyeongseong (daerah Korea di bawah pemerintahan Jepun, Seoul sekarang), bukan makhluk zaman penjajah Jepun, tetapi kisah orang-orang yang menghadapi raksasa yang dilahirkan dalam eksperimen untuk memperalatkan manusia. Yang cemerlang dan gelap masa, musim bunga tahun itu, apabila orang terpaksa memeluk satu sama lain melalui cinta untuk menjadi lebih kuat.

Untuk pengetahuan, Ahn Jung-geun diperangati kerana dia membunuh ahli politik Jepun Itō Hirobumi pada tahun 1909 dan telah dianugerahkan Order of Merit untuk Yayasan Kebangsaan atas kematiannya di Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Bagaimanapun, peminat Han So-hee dari Jepun nampaknya kecewa dengan hantaran itu dan menganggap pelakon itu sebagai seorang ‘anti’ Jepun. Tulis mereka,

Menyiarkan gambar tanpa mengambil kira perasaan orang Jepun. Saya tidak sangka Han So-hee sebegitu, saya kecewa.

 

Ahn Jung-geun pengganas. Saya bukan peminatnya lagi.

 

Memang tidak dapat elak untuk melihat dia sebagai seorang yang anti-Jepun.

Namun, netizen Korea telah mempertahankan Han So-hee dan memujinya kerana memberi pendedahan tentang sejarah silam penjajah Korea, ketika di bawah pemerintahan Jepun.

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...