Ikuti Kami:

“Tak Sangka Akan Terus Duduki No 1 Pada Hari Pertama” – Pengarah ‘Hellbound’

“Tak Sangka Akan Terus Duduki No 1 Pada Hari Pertama” – Pengarah ‘Hellbound’

Dalam masa sehari sahaja, “Hellbound” mencipta fenomena apabila terus merebut tangga pertama dalam ranking program TV popular di Netflix Global.

Perkara ini turut mengejutkan pengarahnya iaitu Yeon Sang-ho. Menerusi sebuah temubual bersama saluran media, dia berkongsi perasaannya mengenai kejayaan “Hellbound”.

Selepas ‘Squid Game’, seluruh dunia mula memberikan perhatian yang mendalam buat drama Korea malah dapat dirasai bahawa sedutan klip ‘Hellbound’ juga meraih perhatian semua. Tak sangka akan duduki No 1 pada hari pertama. Meskipun terkejut, tapi terima kasih.

netflix hellbound

Menurut laporan, “Hellbound” menduduki tempat pertama di 24 negara kini iaitu Bahamas, Bahrain, Belgium, Hong Kong, Indonesia, Jamaica, Kuwait, Malaysia, Mauritius, Mexico, Morocco, Nigeria, filipina, Poland, Qatar, Romania, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea, Thailand, Trinidad dan Tobago, Arab Bersatu Emiriah, Vietnam dan lain-lain.

Jelas Yeon Sang-ho, tema ‘neraka’ yang dibawa ini mampu diterima ramai kerana ianya tidak asing bagi pelbagai rantau dan budaya lantas membuatkan penonton mampu bersimpati dengannya.

Dalam pada itu, pengarah yang turut pernah mengarahkan “Train To Busan” itu sedang dalam persiapan untuk sebuah filem bersama Netflix sekarang ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...