“Tak Sampai 3 Minit..” – Peminat Persoal Kemunculan Song Jihyo Dalam ‘Running Man’ Pendek
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sudah beberapa kali disebut sebelum ini, sepertinya masih ramai yang tak berpuas hati dengan bahagian Song Ji-hyo dalam “Running Man”.
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru program tersebut, setiap ahli perlu mencari tag nama ahli lain dan mencurinya bagi membuang mereka dari perlumbaan.
Meskipun hanya disertai oleh ahli “Running Man” sendiri tanpa tetamu tetapi durasi babak melibatkan pelakon wanita itu hanyalah 3 minit sahaja mengikut kompilasi yang dimuat naik oleh peminat di Twitter.
Running Man 614 Full Song JiHyo’s cut!#송지효 #SongJiHyo
— songtoma | D-14🎂 (@yeppojihyo) August 1, 2022
Malah Song Ji-hyo banyak dilihat dalam babak imbas semula (flashback) sahaja, selain sedikit kemunculan dalam babak pembukaan dan ketika menerima misi.
Kata peminat,
Rancangan ini satu jam setengah tapi dia muncul 3 minit sahaja.
Seriuslah 3 minit je?
Patutnya mereka bahagi durasi seadilnya bagi semua ahli.
Tak patut dia dilayan seperti itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




