Sudah hampir 3 bulan berlalu, kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment masih menjadi tanda tanya.

Terbaru pada 14 November, YG Entertainment telah memberi kemas kini mengenai rundingan pembaharuan kontrak BLACKPINK.
Kongsi agensi,
Kami sedang berunding dengan artis berkenaan kontrak eksklusif mereka.
Hasil akhir akan didedahkan melalui dokumen berkenaan isu pengurusan utama yang berkaitan dengan pelaburan.
Untuk pengetahuan, kontrak BLACKPINK dilaporkan telah tamat pada Ogos lalu, 7 tahun selepas mereka debut pada 8 Ogos 2016.
Susulan berita itu, peminat membuat spekulasi bahawa YG Entertainment gagal memperbaharui kontrak BLACKPINK, kerana mereka mengambil masa yang begitu lama. Antara komen yang ditulis,
Saya rasa mereka akan tangguh pengumuman itu sehingga BABYMONSTER debut.
Ini sudah mengesahkan bahawa keputusan itu adalah seperti yang kami jangkakan.
Saya rasa YG patut melepaskan semua ahli jika mereka tak boleh nak mengendalikannya.
Ini benar-benar mengambil masa yang lama.
Sama-sama kita tunggu keputusannya.