Mesti ramai peminat yang makin tak sabar untuk nantikan comeback solo Lisa BLACKPINK kan?
Lisa BLACKPINK mencetuskan keterujaan dengan klip teaser baharu untuk lagu comebacknya
Pada 13 Jun, Lisa telah memuat naik satu video di laman TikTok, dengan teaser untuk lagu kemunculan solonya yang akan datang sedang dimainkan di belakang.
Meskipun tidak jelas tetapi peminat dapat dengar lagu itu berbunyi,
Baby I’m a rockstar.
@lalalalisa_m🤘♬ TEASER – LISA
Belum 24 jam sejak video itu dikongsi, ianya telah berjaya mengumpul sebanyak 12.6 juta tontonan setakat ini membuktikan bahawa ramai yang menunggu Lisa kembali sebagai penyanyi solo.
Komen peminat,
- Saya tak sabar!
- Lisa kembaliii!
- Cantiknya Lisa!
- Baru teaser je tapi saya dah excited.
Makin tak sabar ni!