Meskipun dah lama tinggalkan “Running Man”, Lee Kwang-soo masih tetap mengekalkan hubungan rapatnya dengan semua ahli.
Baru-baru ini, Lee Kwang-soo dan Lee Dong-wook telah tampil sebagai tetamu menerusi saluran YouTube Yoo Jae-suk “Ddeun Ddeun”, bagi mempromosikan drama terbaru mereka “The Divorce Insurance”.
Selain bercakap tentang drama itu, Lee Kwang-soo sempat mengimbas kembali pertemuan pertamanya bersama Yoo Jae-suk, yang membuatkan keyakinan dirinya lebih tinggi.
Kongsi lelaki itu,
Jae-suk hyung datang ke set MBC untuk rakaman ‘Infinite Challenge’ dan saya berada di sana untuk penggambaran sitkom ‘High Kick’. Saya pergi ke bilik air dan dia juga masuk jadi, saya sangat terkejut. Jantung saya berdegup kencang tapi dia panggil saya ‘Oh Kwang-soo ya!’.
Ulas Lee Kwang-soo lagi,
Pada masa itu, tak ramai orang tahu nama saya. Namun, dia panggil saya dengan nama saya dan menyapa saya dengan cara yang mesra. Jadi, keyakinan diri saya benar-benar meningkat. Saya mula berasa seperti ‘Oh, saya seorang selebriti sekarang’.
Mendengar perkongsian itu, Lee Dong-wook juga sempat menambah bahawa Yoo Jae-suk memang sentiasa menyapa semua orang dengan ramah.
Patut lah ramai yang selesa dengan Yoo Jae-suk!