Artis mana je kan yang tak sayang peminatnya?

Baru-baru ini, Kim So-hyun dan Chae Jong-hyeop telah muncul sebagai tetamu dalam program Jonathan di YouTube, bagi mempromosikan drama baru mereka “Serendipity’s Embrace”.
Dalam siaran itu, Kim So-hyun ditanya sebab dia mengikuti lebih 6 ribu peminat di Instagram peribadinya. Jawab wanita itu,
Saya mula buka Instagram ketika di sekolah menengah. Saya tidak ada ramai peminat ketika itu dan saya sangat berterima kasih kepada mereka yang suka dan sokong saya.
Jelas pelakon berusia 25 tahun itu lagi,
Untuk menunjukkan rasa terima kasih saya, saya mengikuti setiap daripada mereka pada masa itu. Saya pernah sampai berjaga malam hanya untuk mengikuti seramai mungkin orang.
Jarang tau artis buat macam ni!