Ikuti Kami:

“Tak Ramai Kata Saya ‘Hot'” – Park Heesoon Respon Gelaran ‘Psiko Seksi’ Dalam ‘My Name’

“Tak Ramai Kata Saya ‘Hot'” – Park Heesoon Respon Gelaran ‘Psiko Seksi’ Dalam ‘My Name’

Mungkin asing bagi peminat K-Drama kerana hanya pernah berlakon dalam beberapa siri umum, namun nama Park Hee-soon mula meniti di bibir ramai selepas kemunculannya dalam “My Name”.

Choi Moo-jin, seorang ketua gangster yang menyeramkan namun seksi dan berjaya mencuri hati ramai penonton wanita. Malah ramai anak muda yang mula mencari nama pelakon berkenaan selepas menonton drama itu dan terkejut apabila Park Hee-soon sebenarnya sudah pun menginjak usia 51 tahun kini.

Apabila ditanya mengenai orang ramai yang memanggilnya sebagai seksi, ini jawab Park Hee-soon,

Tak ramai yang katakan saya ‘hot’ dan saya merasakan penulis memainkan peranan yang besar dalam membina watak Choi Moo-jin. Selepas penggambaran tamat, saya ada terdengar pengarah meminta staf lain untuk menjadikan watak itu sebagai seorang yang mempersonakan tak kira apa cara sekali pun.

park heesoon my name

Park Hee-soon juga kelihatan malu-malu apabila ditanya mengenai populariti yang hebat dalam kalangan peminat berusia 10 ke 20 tahun kini.

Saya akan ditangkap.

Dalam pada itu, “My Name” terus popular di seluruh dunia apabila terus berada di dalam ranking Global Netflix di tangga ke-6 kini.

Apa pun, Choi Moo-jin sememangnya seksi kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...