Ikuti Kami:

Tak Puas Hati Dengan Kesudahan ‘Vagabond’, Penonton Tuntut Musim Kedua!

Tak Puas Hati Dengan Kesudahan ‘Vagabond’, Penonton Tuntut Musim Kedua!

Dengar cerita, ramai betul yang ‘obses’ dengan drama aksi “Vagabond” lakonan Lee Seunggi dan Suzy? Saban minggu, pasti penonton setia drama ini akan melekat depan kaca televisyen bagi menyaksikan progres cerita tersebut. Tak pernah miss langsung!

Tapi sayang, semua drama walaupun sehebat mana pun, pasti akan ada penamatnya. “Vagabond” telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lepas dan meninggalkan para penonton setianya dalam keadaan sedih dan kecewa. Kenapa? Ini kerana ramai yang mengadu mereka tidak berpuas hati dengan kesudahan naskhah itu yang ‘terbuka’.

episod akhir vagabond

Satu sumber daripada syarikat produksi drama itu iaitu Celltrion Entertainment berkongsi mengenai kemungkinan sambungan cerita ini dalam musim keduanya.

“Tempoh produksi adalah sangat lama, jadi semua orang berasa lega dan juga sedih. Proses bagi produksi drama ini mengambil masa selama 11 bulan dan jikalau anda ambil kira sekali tempoh perancangan, masa itu adalah lebih panjang.”

“Memang semasa perancangan, drama ini ada musim keduanya. Namun, tiada apa-apa pengesahan lagi mengenai musim kedua dan ia masih dalam perbincangan. Kami sedang mengkaji semula jadual seni para pelakon, penulis dan juga pengarah.”

musim kedua vagabond

Pihak produksi tersebut turut memberikan ucapan penghargaan kepada semua pelakon dan kakitangan “Vagabond”. “Kesemua pelakon utama terikat dengan projek ini selama 11 bulan lamanya. Penggambaran di luar negara berlangsung selama lebih daripada 40 hari dan dalam tempoh itu, mereka semua duduk bersama. Seronok kerana tiada seorang pun yang anti-sosial dan kami berjaya merakamkan kesemua babak dengan amannya. Saya sangat berterima kasih kepada semua kakitangan dan pelakon.”

[Amaran SPOILER]

Kesudahan drama ini membuatkan ramai penonton tak puas hati. Haeri yang menyangkakan bahawa Dalgun sudah mati, mula merancang plot untuk membalas dendam terhadap Edward Park. Semakin sedih apabila Dalgeon yang tidak sampai hati untuk membunuh wanita itu walaupun mendapat arahan orang atas. Dia kemudiannya menembak ‘sniper’ yang bersama dengannya dan menyaksikan dengan linangan air mata apabila wanita kesayangannya itu melarikan diri.

vagabond episod akhir

Tak puas betul! Rasa macam dendam tak terbalas lagi! Nak tengok Haeri dan Dalgeon bahagia. Kan?

Sumber: Soompi, JazmineMedia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...