Ikuti Kami:

“Tak Profesional..” – Taktik ‘Kotor’ Lee Jangwoo Dapat Tawaran Berlakon Ini Dikritik Netizen

“Tak Profesional..” – Taktik ‘Kotor’ Lee Jangwoo Dapat Tawaran Berlakon Ini Dikritik Netizen

Kenyataan terbaru pelakon Lee Jang-woo mengenai kisah di sebalik pemilihannya dalam drama telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Lee Jang-woo baru-baru ini muncul dalam satu siri YouTube dan mendedahkan bagaimana dia dipilih untuk membintangi drama “My Only One”, yang kemudiannya menerima kritikan daripada segelintir netizen.

Saya tamat latihan tentera ketika berusia 33 tahun, tapi tiada siapa yang mencari saya. Kemudian saya dengar penulis Kim Sa Kyung akan bekerja untuk ‘My Only One.’ Saya minum banyak pada waktu malam dan hantar mesej panjang kepadanya, tulis ‘Tolong selamatkan saya’. Saya beritahu dia walaupun tiada siapa nak ambil saya berlakon, saya akan bekerja keras.

Dia kemudiannya menerima balasan berbunyi, “Tunggu sekejap.”

Produksi drama itu dikatakan dihentikan seketika bagi membincangkan penglibatannya. Akhirnya, Lee Jang-woo dipilih memegang watak Wang Dae-ryuk.

Namun, pendedahan ini mengundang kecaman, apabila ramai netizen merasakan bahawa Lee Jang-woo mungkin menggunakan hubungan peribadi untuk mendapatkan watak tersebut dan mungkin juga menyingkirkan pelakon lain yang turut dipertimbangkan.

Selepas dia dipilih, penampilannya yang lebih berisi turut menjadi topik hangat, berbeza dengan hero K-Drama lain yang biasanya tampil dengan tubuh langsing, sekaligus mencetuskan kontroversi tambahan.

Penulis dan pengarah minta saya turunkan berat badan, tapi saya sengaja tak buat. Saya rasa watak ketua syarikat lebih sesuai dengan tubuh yang sedikit berisi berbanding hanya kurus dan tampan.

Ramai netizen yang menonton temu bual ini menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional.

Korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...