Bukan sahaja rapat dalam “Running Man” namun hubungan akrab Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook terus bersemi di luar penggambaran.
Umum mengetahui bahawa kedua-dua selebriti itu mempunyai jenama pakaian sendiri iaitu ‘ironstein’ buat Kim Jong-kook dan Nina.ssong buat Song Ji-hyo.
Sepertinya kedua-dua mereka sedang berlawan untuk mempromosikan jenama masing-masing, lantas membuktikan keakraban dan hubungan rapat yang mungkin menjadi dambaan ramai.
Kim Jong-kook sebelum ini dilihat melawat pejabat Song Ji-hyo untuk mempromosikan Nina.ssong malahan wanita itu sendiri mengakui jumlah tempahan pakaian dalam itu kian meningkat dek bantuan Kim Jong-kook.
Manakala Song Ji-hyo pula dilihat acap kali menyarungkan baju t-shirt ‘ironstein’ di pelbagai rancangan YouTube termasuklah di saluran milik Yang Se-chan, saluran milik Ji Ye-eun dan salurannya sendiri.
Melihatkan kegigihan Song Ji-hyo itu, ramai yang memuji kesetiannya pada Kim Jong-kook tak kira di mana pun dia berada.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.