Semua mengetahui bahawa pelakon wanita Korea sangat menawan namun Song Ji-hyo antara nama yang sering menjadi sebutan ramai.
Hal ini dibuktikan apabila satu foto spesifik pelakon wanita tersebut yang sama akan tular setiap tahun.
Baru dikongsi di X, tangkapan skrin dari salah satu episod lama “Running Man” kembali tular dengan 16,000 tanda suka dan 10,000 ciapan. Ianya di mana Song Ji-hyo ‘ditangkap’ kerana sering tidak bersolek apabila menjalani rakaman program tersebut.
Komen peminat,
Memang acara tahunan ke untuk foto ini tular?
Foto ini memang tak akan membosankan.
Lagi sekali gambar ini viral.
Visual Song Ji-hyo >>>>
Tak pernah bosan tengok gambar ni.
Cantik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.