Seperti biasa, pasti ada sahaja momen di mana ahli “Running Man” akan mengungkit mengenai ahli lama, Lee Kwang-soo.
Terbaru, mereka telah menjemput beberapa atlet dari Sukan Olimpik 2024 sebagai tetamu dan menyertai perlumbaan sengit dalam dua kumpulan berbeza.
Semasa dalam perjalanan di dalam bas, mereka telah berbual bersama. Apabila bertanya mengenai ketinggian atlet Oh Sang-uk, dia menjawab bahawa dia berdiri di ketinggian 192cm.
rm members talking about kwangsoo’s height once again in the unaired version of the recent ep 😭 they will never let him and his height breathe i fear 😂 #런닝맨 #이광수 #leekwangsoo #runningman pic.twitter.com/uPWhH1o3AY
— rav ✧˖ 🦢⊹ (@wheeskers) August 26, 2024
Balas Haha,
Oh, sama dengan Lee Kwang-soo. Sejujurnya, saya tak pernah cemburu dengan ketinggian dia.
Kim Jong-kook turut bersetuju dengan kenyataan itu namun tambah Yang Se-chan,
Saya hanya cemburu dengan sisi kelakar dia.
Dah tak ada pun, tapi still kena usik.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.