Semakin lama, semakin banyak yang terdedah mengenai kisah disebalik percintaan Kim Soo-hyun dan mendiang Kim Sae-ron.
Meskipun agensi lelaki itu, Gold Medalist, sedaya upaya cuba menafikan penglibatan Kim Soo-hyun dengan mendiang sejak dia di bawah umur namun bukti terbaru yang didedahkan saluran YouTube ‘Garo Sero Research Institute’ membuktikan sebaliknya.
Sebelum ini, agensi tersebut beria mengatakan bahawa Kim Soo-hyun tidak pernah ke rumah Kim Sae-ron langsung, tambahan pula ketika dia masih di bawah umur. Tetapi dengan video tersebut, terbukti Kim Soo-hyun memang pernah berada di rumahnya dalam keadaan intim di mana dia dilihat memegang erat pinggang mendiang sambil bersembang manja.
Video kencan Kim cangcut lias Kim Soo Hyun dan Saeron😳
Kim Soohyun mau bantah apa lagi hayo🤣 pic.twitter.com/VO0zPGMjml
— (o.o)ctopus (@octopushh0_0) March 18, 2025
Dalam pada itu, saluran YouTube berkenaan mengatakan bahawa mereka akan mendedahkan video yang lebih ‘daring’ dengan muka Kim Soo-hyun selepas ini sekiranya lelaki itu berterusan menidakkan hal yang sebenar.
Komen netizen, “Dengan bukti sebanyak ini, dia masih lagi tak nak mengaku”, “Tipulah betul-betul kalau nak menipu pun. Semua orang dah tahu tapi awak yang nafikan”, “Dari video ini, memang ini gaya dia bercakap” dan banyak lagi.
Nantikan perkembangan lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.