Ikuti Kami:

“Tak Pasti Apa Persona Saya” – Han Sohee Dedah Tak Tahu Sebab Orang Sukakannya

“Tak Pasti Apa Persona Saya” – Han Sohee Dedah Tak Tahu Sebab Orang Sukakannya

Peminat K-Drama pastinya mengetahui bahawa Han So-hee merupakan antara pelakon wanita yang menjadi rebutan ramai kini.

Bahkan wanita itu dipilih sebagai ‘pelakon 20-an yang paling dinantikan ramai’ baru-baru ini. Menerusi sebuah temubual, Han So-hee berkongsi cerita mengenai kariernya.

Apabila ditanya mengenai personanya, jawab wanita berusia 28 tahun itu,

Saya tak pasti apa persona saya dan apa yang membuatkan anda melihat saya dengan baik. Sebaliknya, ianya semakin sukar tahun demi tahun. Disebabkan saya tidak tahu apa persona yang disukai anda, saya cuba mengisi masa dengan secara berterusan dan berdedikasi seperti sekarang.

han sohee

Mengenai soalan pelakon bagaimanakah yang mahu dia jadi pada masa hadapan, kongsi Han So-hee,

Saya mahu mengekspresikan projek yang diberikan kepada saya serta watak dan situasi dengan lebih berhati-hati dan tegas. Dan, ianya bukan mudah, tapi saya mahu menjadi pelakon yang tahu menikmati tekanan menerusi proses yang dilalui.

Bukan sahaja cantik dan berbakat tapi Han So-hee juga seorang yang berfikir secara mendalam kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...