Sebelum debut sebagai pelakon, siapa sangka Park Bo-gum sebenarnya mempunyai minat untuk menjadi seorang penyanyi.
Terbaru pada 13 Julai, Park Bo-gum telah muncul sebagai tetamu dalam program radio Park Myung-soo.
Dalam siaran itu, pelakon lelaki tersebut mengejutkan semua orang dengan kemahirannya dalam bermain piano. Melihat bakat luar biasa Park Bo-gum, Park Myung-soo bertanya,
Bukan ke awak kata awak lulus uji bakat selepas hantar video main piano ke agensi?
Respon Park Bo-gum,
Syukurlah, saya ada dapat panggilan dari SM, JYP dan YG.
Kongsinya lagi dengan menjelaskan sebab dia terpaksa menolak tawaran untuk jadi idola,
Saya juga ada dapat panggilan dari agensi pelakon selepas itu dan saya pilih untuk jadi pelakon. Saya tak hebat untuk jadi idola dan saya tak pandai menari.
Kalau Park Bo-gum debut jadi idola, agak-agaknya dia akan masuk kumpulan mana?