Ikuti Kami:

Tak Pakai Mask & Bising, Penduduk Setempat Buat Aduan Mengenai Kru Penggambaran ‘Mouse’

Tak Pakai Mask & Bising, Penduduk Setempat Buat Aduan Mengenai Kru Penggambaran ‘Mouse’

Diam atk diam, tiba-tiba drama “Mouse” terpalit dengan sebuah kontroversi akibat kegagalan kru produksi yang menganggu ketenteraman kejiranan tempat mereka menjalankan penggambaran.

Kisah bermula apabila seorang wanita tua (penduduk) menghubungi polis sekitar jam 4 petang kerana kru menjalani penggambaran di hadapan rumahnya tanpa kebenaran. Dia juga mengadu bahawa staf kelihatan tidak mengenakan pelitup muka lantas dua orang pegawai polis telah hadir ke tempat kejadian.

Kes COVID-19 sedang meningkat tetapi mereka tak pakai pelitup muka pun dan mereka juga bising sehingga ke subuh. Mereka turut merokok di depan lorong dan rumah orang.

tvn mouse

Selepas berbincang dengan kru “Mouse”, pihak polis meyakinkan wanita tua tersebut bahawa perkara tersebut tak akan berulang lagi. Walaubagaimanapun, penduduk tersebut turut mengatakan bahawa terdapat staf yang telah memecah masuk ke kawasan rumahnya. Katanya, dia mahu mengubungi pihak polis tapi tidak melakukannya selepas mencapai kata sepakat dengan kru penggambaran.

Khabarnya, ini bukanlah kali pertama para penduduk di kejirana tersebut meluahkan rasa marah terhadapa kru penggambaran “Mouse”. Pada pertengahan Februari, terdapat aduan yang mengatakan mereka meninggalkan banyak puntung rokok di tanah dan juga lorong-lorong Seongsan-dong.

tvn mouse

Kadang kala, mereka menjalankan penggambaran sehingga 11 malam dua kali seminggi dan ada kala sepanjang hari. Jadi, pada ketika itu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa ada bunyi bising pada waktu malam.

Sama-sama kita nantikan kenyataan lanjut daripada pihak produksi “Mouse”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...