Ikuti Kami:

“Tak Padan..” – Penonton Tebak Calon Selebriti Jadi Pengganti Jeon Somin Dalam ‘Running Man’

“Tak Padan..” – Penonton Tebak Calon Selebriti Jadi Pengganti Jeon Somin Dalam ‘Running Man’

Kelmarin, dunia hiburan Korea digemparkan dengan berita pengunduran diri Jeon So-min dari “Running Man”.

Umum agensi wanita itu, dia mahu berehat sementara bagi mencari tenaga sebelum kembali aktif dalam dunia seni, terutamanya dalam bidang lakonan.

Dalam pada itu, pihak produksi “Running Man” mendedahkan bahawa mereka akan meneruskan rakaman seperti biasa dengan ahli lain namun membuka ruang untuk menambah ahli baru jika berpeluang.

Disebabkan itu, para netizen telah menyenaraikan beberapa calon yang bersesuaian untuk menjadi ahli baru program itu. Buat selebriti wanita, mereka menamakan Kim Se-jeong, Yoon Bo-mi, Solar, Joy, Yerin, An Yu-jin, Seunghee, Hani, Lee Mi-joo, Han Sun-hwa, Kang Han-na atau Joo Hyun-young.

running man

Ahli lelaki pula ialah Kwanghee, Boo Seung-kwan, Seo Eun-kwang, Lee Yi-kyung atau Joo Woo-jae.

Komen yang lain,

Agak ketara niat mereka jika tambah Lee Mi-joo..

 

Pertama kali, Lee Mi-joo biasa je.. dia muncul dalam banyak sangat rancangan dengan Yoo Jae-suk kalau dia sertai ‘Running Man’ lagi. Semua program akan nampak sama sahaja.

 

Mesti seronok kalau tambah Bo-mi. Sejujurnya, jika mahu tambah idola, pastinya akan ada jarak generasi antara ahli namun Bo-mi dan melebihi 30 tahun dan dia juga bagus dalam rancangan hiburan.

 

Mereka terlalu muda. Mereka perlu berusia 30 tahun ke atas untuk padan bersama ahli baru. Kalau mereka buat program bermusim, orang seperti Ahn Yu-jin akan sibuk dan pasti dibenci penonton.

 

Lebih baik tiada ahli baru.. mereka ada tetamu setiap minggu, jadi kenapa nak tambah orang baru.

Korang nak yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...