Ikuti Kami:

“Tak Minum Air 3 Hari..” – Han Hyojoo Ulas Babak Tayang Badan Tak Berbaju Dalam ‘Believer 2’

“Tak Minum Air 3 Hari..” – Han Hyojoo Ulas Babak Tayang Badan Tak Berbaju Dalam ‘Believer 2’

Bukan mudah jadi pelakon, ada ketika kita perlu berkorban untuk memastikan watak dibawa dicapai.

Dalam sebuah temubual istimewa, Han Hyo-joo telah bercerita lanjut mengenai lakonannya dalam filem “Believer 2” yang bakal ditayang pada 17 November ini di Netflix.

Han Hyo-joo, yang memegang watak ‘Big Knife’, berkata,

Membina badan bukan perkara yang mudah. Saya menyertai produksi segera selepas selesai ‘Moving’ dan tidak mempunyai banyak masa untuk bersedia.

Katanya lagi,

Walaupun saya kurus, mempunyai otot yang terlihat tidaklah mudah. Pengarah benar-benar ingin saya mempunyai otot yang ketara, jadi saya berlatih selama sehari penuh. Saya melakukan latihan berat di pagi hari dan kardio di petang.

han hyojoo

Han Hyo-joo menambah lagi,

Dalam adegan terakhir dengan ‘Rak’, saya perlu mendedahkan tubuh kerana baju saya terkoyak. Oleh itu, saya mencuba mengawal pengambilan air untuk pertama kali dalam hidup saya. Saya tidak minum air selama tiga hari untuk mengeluarkan semua air dalam badan dan berusaha keras untuk menonjolkan otot-otot yang ada.

“Believer 2” adalah filem aksi jenayah yang mengisahkan pertempuran sengit ‘Big Knife’ (Han Hyo-joo) dari China yang datang untuk menyelesaikan masalah, serta usaha detektif ‘Won-ho’ (Cho Jin-woong) yang terus mengejar ‘Guru Lee’ selepas perkelahian berdarah di stesen Yongsan serta pencarian ‘Rak’ (Oh Seung-hoon) yang hilang.

Hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...