Tiada angin tiada ribut, Luhan bekas ahli EXO dikhabarkan telah berkahwin dengan pelakon Guan Xiao Tong.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa selebriti lelaki yang aktif di China itu kini sudah pun berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang pelakon, Guan Xiao Tong baru baru ini.
Bagaimanapun pada 8 November, bapa kepada Guan Xiao Tong iaitu Guan Shaozeng telah menafikan khabar angin berkenaan dan memberitahu kepada media China,
Ini adalah berita palsu yang tidak masuk akal. Jika mereka mahu berkahwin, kami akan mendedahkan kepada semua orang.
Untuk pengetahuan, pada Oktober 2017, Luhan mengumumkan bahawa dia sedang bercinta dengan pelakon China Guan Xiao Tong dan mereka telah pun bersama selama lebih lima tahun kini.
Kita tunggu je la..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.