Meskipun ada menerima tawaran, Song Kang-ho nampaknya enggan muncul dalam mana-mana projek di Hollywood.
Menerusi satu temu bual, Song Kang-ho ditanya sekiranya dia ada menerima tawaran untuk berlakon dalam naskhah di luar negara. Jawab lelaki itu,
Hollywood nampaknya bukan domain saya. Saya ada menerima tawaran daripada pelakon dan projek Hollywood yang sangat terkenal, tetapi saya tolak semuanya. Saya menolak dengan sopan.
Jelasnya mengapa,
Lakonan adalah tentang bahasa yang akan membentuk watak. Memandangkan saya orang Korea, menghafal bahasa asing bukanlah kemahiran saya. Sebaliknya, saya fikir berkomunikasi dengan peminat global melalui filem hebat seperti ‘Parasite’ adalah pengembangan sebenar dan itulah yang saya anggap kejayaan sebenar.
Kemudian, Song Kang-ho turut mengaku bahawa dia sangat mengagumi pelakon yang aktif di peringkat antarabangsa,
Mereka pelakon yang luar biasa. Tetapi saya fikir saya tak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.
Song Kang-ho pasti tahu kan apa yang terbaik untuk dirinya.