Ikuti Kami:

“Tak Macam Dulu, Melodrama Kini Penuh Kisah Curang” – Luahan Lee Jungjae Dipersetujui Ramai

“Tak Macam Dulu, Melodrama Kini Penuh Kisah Curang” – Luahan Lee Jungjae Dipersetujui Ramai

Perasan tak bahawa kebanyakan naskhah melodrama melibatkan pasangan pertengahan usia, sering menyelitkan elemen kecurangan?

Disebabkan itu, kata-kata Lee Jung-jae ketika program “You Quiz On The Block” kembali menjadi sebutan ramai.

Ulasnya,

Ianya ialah realiti menyedihkan. Semasa saya muda, melodrama merupakan sesuatu yang cantik, menyegarkan dan menyentuh hati. Tapi, melodrama di usia saya dikelilingi kecurangan, menyakiti orang lain untuk menutup aib sendiri dan berbelit. Saya terfikir perlukah melodrama di usia ini dikembangkan seperti itu.

lee jungjae

Apa yang dikatakan Lee Jung-jae itu dapat dilihat sendiri menerusi pasaran drama Korea kini.

Antara pelakon berusia 40 ke 50 tahun seperti Uhm Ki-joon dan Kim So-yeon (“The Penthouse”, Go Hyun-jung (“Reflection Of You”), Kim Kang-woo (“Artificial City”), Lee Sung-jae (“Show Window”), dan Jeon Mi-do (“Thirty, Nine”) pernah memainkan watak yang terlibat dalam drama dan merosakkan hubungan orang lain.

the penthouse

Mengapa cinta pertengahan usia tak boleh dipenuhi kasih sayang? Masalahnya terletak kepada formula yang menjayakan sebuah drama. Kebanyakan stesen penyiaran kini terperangkap dengan pemahaman bahawa ‘kecurangan=drama hit’. Ini merupakan fenomena yang bermula disebabkan drama seperti “The World Of The Married” dan “Should We Kiss First”.

Oleh itu, ia membawa kepada penghasilan drama seperti “The Penthouse”, “Show Window” dan “Love (ft. Marriage & Divorce)”. Dek sambutan yang hangat buat drama ini termasuklah rating tinggi, sudah pasti stesen penyiaran menyukainya genra seperti ini.

the world of the married

Mungkin disebabkan itu lah, pelakon seperti Lee Jung-jae sukar untuk memilih melodrama sebagai antara projek mereka.

Adakah plot melodrama pertengahan usia akan berubah suatu hari nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...