Pejam celik pejam celik, sudah lebih 10 tahun sejak Lee Jong-suk debut sebagai pelakon.
Baru-baru ini, Lee Jong-suk telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Elle.
Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu bercakap tentang pandangannya tentang lakonan kini. Luahnya,
Pada satu ketika, saya berhenti untuk terlalu fokus dengan sesuatu.
Sambung Lee Jong-suk,
Sudah tentu, saya masih memikirkan hala tuju yang patut saya ambil sebagai seorang pelakon, tetapi ia nampaknya tidak mendorong atau memberi tekanan buat saya seperti sebelum ini.
Mungkin Lee Jong-suk lebih santai sekarang..