Ikuti Kami:

“Adik-Beradik Paling Penyayang” – Ramai Cemburu Lihat Hubungan Rapat Jun Somin & Adiknya

“Adik-Beradik Paling Penyayang” – Ramai Cemburu Lihat Hubungan Rapat Jun Somin & Adiknya

Nampaknya Jun So-min sempat meluangkan masa bersama adiknya, Jun Wook-min baru-baru ini.

Terbaru, pelakon wanita itu memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram di mana ianya ditangkap oleh adik lelakinya itu. Tulisnya,

Sepetang bersama adik lelaki saya selepas berjuta tahun tak jumpa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 쏘미닝 (@jsomin86)

Dalam foto yang di muat naik itu, Jun So-min kelihatan tersenyum sambil memandang kamera dan mempamerkan gaya ‘V’.

Malah tenungan manis buat adik lelakinya itu membuatkan ramai cemburu kerana adik-beradik itu mempunyai hubungan yang baik. Ini kerana biasanya hubungan antara keluarga sering dimomokkan sebagai ‘kucing dan anjing’.

Komen peminat,

Adakah mereka adik-beradik sebenar?

 

Cemburunya kerana mereka rapat.

 

Jun So-min nampak seperti dalam drama di dunia realiti.

 

Tak pakai solekan pun masih cantik.

 

Wah! Adik-beradik yang paling comel dalam dunia ini.

Jun Wook-min turut berkongsi gambar ‘date’ itu di laman Instagram miliknya berserta kapsyen,

Noona, selamat hari jadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 전욱민 (@wookmini1004)

Dalam pada itu, adik lelaki Jun So-min pernah berkongsi mengenai kerisauannya apabila wanita itu terpaksa menjalani rawatan kerana kaki yang retak baru-baru ini sekaligus membuktikan keduanya merupakan penyokong terbaik buat satu sama lain.

Seronok kan lihat mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...