Ikuti Kami:

“Tak Logik..” – Lisa BP Akui Lebih Rasa Korea Seperti ‘Rumah’, Ini Respon Rakyat Thailand

“Tak Logik..” – Lisa BP Akui Lebih Rasa Korea Seperti ‘Rumah’, Ini Respon Rakyat Thailand

Netizen memberikan reaksi terhadap perbincangan mengenai kenyataan Lisa BLACKPINK tentang tempat yang paling dirasakannya seperti “rumah”.

Dalam sebuah forum dalam talian, pengguna membincangkan jawapan Lisa apabila ditanya mengenai di mana dia merasakan paling seperti di rumah, dan dia menjawab, “Sudah tentu Korea.” Kenyataan itu dikatakan dibuat semasa salah satu penampilan radio di Amerika Syarikat, yang kemudian dilaporkan oleh portal media Diva Phoenix pada Januari lalu.

Kenyataan Lisa itu adalah sebagai jawapan kepada soalan, “Sebagai artis solo yang kini mempromosikan secara global dan kerap mengembara, di mana yang paling rasa seperti rumah untuk awak: Thailand atau Korea?”.

Dalam kalangan netizen Korea, respon Lisa disambut dengan rasa minat dan pengakuan terutamanya kerana ramai menyedari bahawa Lisa kini memegang status penduduk tetap di Korea, yang memberinya status sah sebagai penghuni tetap.

lisa blackpink

Namun, apa yang mengejutkan sesetengah netizen Korea adalah reaksi daripada peminat Thailand,

  • “Saya pernah berharap Lisa akan kembali ke Thailand dan jadi perdana menteri, tapi impian tu dah musnah.”
  • “Yang menjadikan Lisa terkenal adalah Korea. Kita cuma mendapat manfaat secara tidak langsung kerana dia orang Thailand. Bila Lisa capai sesuatu, orang yang tak kenal dia baru akan cari dan tahu dia orang Thailand.”
  • “K-pop yang buat semua ni jadi realiti. Sama juga macam Nichkhun dan BamBam. Tanpa K-pop, dia tak akan berada di tahap sekarang. Thailand tak buat apa-apa pun untuk dia.”
  • “Kalau dia tak ke Korea, dia takkan jadi bintang bertaraf dunia.”
  • “Dia membesar dan habiskan sebahagian besar hidupnya di Korea, jadi memang logik.

Orang Thailand cool je kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...