Ikuti Kami:

“Tak Layak Mengeluh” – Lumayan! Bayaran Penampilan Selebriti Dalam Program Hiburan Raih Reaksi Pra-Kontra

“Tak Layak Mengeluh” – Lumayan! Bayaran Penampilan Selebriti Dalam Program Hiburan Raih Reaksi Pra-Kontra

Bayaran penampilan selebriti Korea Selatan dalam rancangan hiburan telah membuatkan netizen tergamam!

Baru-baru ini, carta yang mendedahkan pendapatan selebriti selepas muncul dalam rancangan hiburan seperti “2 Days 1 Night”, “I Live Alone”, “Hangout with Yoo” dan banyak lagi telah dikeluarkan, meraih perhatian ramai.

Menurut carta yang diambil dari 2022 itu, selebriti yang menerima pendapatan tertinggi adalah Yoo Jae-suk, iaitu sebanyak 25 juta KRW (RM88,876) untuk setiap episod.

Seterusnya diikuti dengan Shin Dong-yup iaitu 20 juta KRW, Kang Ho-dong antara 15 hingga 18 juta KRW, Lee Hyo-ri dan Kim Sung-joo menerima antara 10 hingga 15 juta KRW, Jeon Hyun-moo meraih sebanyak 15 juta KRW dan Park Na-rae 10 juta KRW.

Memandangkan carta itu diambil dari 2022, bayaran mereka berkemungkinan sudah semakin bertambah kini.

korean celebrity fee

Meskipun angka tersebut belum dapat disahkan, netizen Korea rata-rata skeptikal dengan bayaran tinggi yang diterima mereka untuk setiap episod rakaman, tambahan pula ia dipercayai memberikan kesan buat kos sara hidup di negara itu.

Komen netizen,

Sebab itu la semua selebriti ingin ahli keluarga mereka masuk ke dalam bidang ini juga.

 

Haha, sebab mereka la kos sara hidup di Korea Selatan semakin meningkat.

 

Inilah sebabnya saya tak boleh lihat mereka mengeluh.

 

Saya tak kesian dengan selebriti yang kata mereka susah sebab terpaksa berdepan dengan komen benci. Tengok la pendapatan mereka berapa..

Hmm, apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...