Ikuti Kami:

“Tak Lawak Pun, Baik Keluar Je” – Saluran YouTube SBS Respon Komen Kecam Song Jihyo

“Tak Lawak Pun, Baik Keluar Je” – Saluran YouTube SBS Respon Komen Kecam Song Jihyo

Susah kan bila ada sahaja yang mahu tinggalkan komen buruk pada mana-mana selebriti tambahan artis Korea?

Terbaru, SBS telah memuat naik satu video suntingan untuk episod “Running Man” yang lama ketika mereka bersaing dengan ahli “Law Of The Jungle” di saluran ‘빽능 – 스브스 옛날 예능’.

Meskipun dipenuhi dengan komen manis orang ramai namun terdapat satu komen kritikan yang dituju buat Song Ji-hyo ditinggalkan di ruangan komen video tersebut,

Song Ji-hyo tak kelakar pun dan dia membuat duit dengan berkelakuan begitu. Berhenti sendiri daripada rancangan itu. Tiada malu langsung.

sbs song jihyo

Walaubagaimanapun pengurus saluran berkenaan tidak membiarkan sahaja komen tersebut dan telah menyematkannya (‘pinned’) sebagai komen teratas. Mereka turut membalas,

Sila elakkan daripada menulis komen buruk.

Disebabkan ia menjadi komen pertama yang boleh dilihat oleh kesemua pengunjung, ramai yang meninggalkan respon padanya. Kebanyakan daripada mereka meminta individu berkenaan supaya tidak menonton sekiranya tidak menyukai Song Ji-hyo selain mengkritik tidak mempunyai adab kerana meninggalkan komen seperti itu.

sbs song jihyo

Pun begitu, terdapat beberapa komen yang mempersoalkan mengapa SBS menyemat komen itu di atas kerana ianya akan menarik perhatian orang ramai terhadap kritikan tersebut. Jika dibiarkan sahaja, komen itu pasti tenggelam dalam ribuan tulisan lain. Bukan apa, ramai yang risau sekiranya Song Ji-hyo mungkin akan terbaca kritikan berkenaan sekiranya ditinggalkan di atas ruangan itu.

Jika dilihat pada video berkenaan kini, sepertinya SBS sudah membatalkan komen yang disematkan itu.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...