Para pelakon serta pengarah “Hospital Playlist” telah meluahkan keinginan mereka terhadap musim ke-3 drama tersebut.
Pada 12 April, semua pelakon utama “Hospital Playlist” telah menjadi tetamu dalam satu rancangan temubual YouTube bersama dengan pengarah drama tersebut iaitu pengarah Shin Won-ho.
Ketika sedang menikmati makanan, Jung Hyung-ho telah meluahkan keinginannya buat musim ke-3 drama tersebut.
Pelakon itu berkata,
Bukankah ini sangat bagus? Kita patut mulakan penggambaran musim ke-3 ‘Hospital Playlist’ sekarang.
Di mana, luahan itu telah dibalas oleh Shin Won-ho yang mendedahkan bahawa dia akan memastikan musim terbaru drama tersebut akan terjadi.
Pengarah drama itu membalas,
Walau apa pun yang terjadi, saya tetap akan buat musim ke-3 ‘Hospital Playlist’ tak lama lagi. Saya sangat bersyukur kerana telah ditemukan dengan pelakon-pelakon yang sangat berbakat dan peminat yang tidak jemu menyokong.
Tambahnya,
Ianya sukar untuk berjumpa dengan pelakon seperti ini. Jadi, jika jadual kamu semua sepadan, mari kita mulakan persiapan musim ke-3 suatu hari nanti.
Tak kisahlah dapat rating berapa, saya akan tetap bahagia dengan musim ke-3.
Cepat la sikit! Peminat dah lama tunggu musim ke-3 ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.