Projek “dearMoon” telah dibatalkan.
Sebelum ini, T.O.P telah diumumkan sebagai salah seorang selebriti yang terpilih untuk menjadi ahli ekspedisi ke bulan. Namun begitu, pada 1 Jun 2024 yang lalu, ekspedisi tersebut telah dibatalkan.
Sehari selepas pembatalan itu diumumkan, bekas ahli BIGBANG itu telah berkongsi perasaannya serta memberi petanda bahawa dia akan kembali ke industri muzik dengan album baharu.
Katanya dalam hantaran tersebut,
Macam yang awak semua dah dengar, projek tersebut telah dibatalkan. Tetapi, saya sangat berterima kasih kepada Encik Yusaku Maezawa kerana telah mencipta projek ini.
Dipilih sebagai ahli telah menjadi salah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya dan projek ini telah membuatkan impian saya untuk pergi ke angkasa menjadi tidak mustahil.
Tambahnya lagi,
Sebagai selebriti Korea, pengalaman ini juga telah memberikan inspirasi terhadap saya untuk mencipta banyak lagu-lagu baharu yang saya dah tak sabar untuk kongsikannya tak lama lagi.
Terima kasih kerana telah menyokong dan saya tak akan berputus asa dengan impian ini.
View this post on Instagram
Semoga yang terbaik buat T.O.P!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.