Ikuti Kami:

“Tak Kisah Apa Yang Kami..” – Sahabat Sejati, Park Hyungsik Luah Rasa Sayang Buat ‘Wooga Squad’

“Tak Kisah Apa Yang Kami..” – Sahabat Sejati, Park Hyungsik Luah Rasa Sayang Buat ‘Wooga Squad’

Sukanya tengok persahabatan antara ‘Wooga Squad’!

Baru-baru ini, Park Hyung-sik dan Park Shin-hye telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “Salon Drip 2” di YouTube, bagi mempromosikan drama baru mereka “Doctor Slump”.

Dalam program itu, pengacara Jang Do-yeon bertanya,

Saya dengar awak berada dalam kumpulan yang dipanggil ‘Wooga Family’ bersama Choi Woo-shik, Park Seo-joon, V BTS dan Peakboy. Bagaimana tanggapan mereka terhadap awak?

Jawab Park Hyung-sik,

Hmm..Seo-joon simpan nama saya dalam telefonnya ssebagai ‘Park Loves-everything’. Ini kerana, saya akan berkata ‘Saya suka’ setiap kali mereka mencadangkan sesuatu. Bila mereka bertanya sama ada saya ingin keluar dan pergi makan, saya berkata, ‘Ya, saya suka!’. Jika mereka bertanya ‘Bagaimana dengan tempat ini?’, saya akan cakap ‘Oh, saya suka!’.

park hyungsik

Sambung lelaki itu lagi dengan meluahkan rasa sayangnya kepada rakan-rakannya itu,

Tidak kira apa yang kami akan lakukan, saya hanya suka meluangkan masa bersama mereka.

Memang friendship goals sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...