3 K-Drama ini nampaknya kurang mendapat sambutan penonton..
Khususnya, drama “Spring of Youth”, “24-Hour Health Club” dan “Crushology 101” yang masih bersiaran kini, masing-masing gagal mencatat rating tinggi sejak tayangan perdananya.
Diterajui Ha Yoo-joon, Park Ji-hu dan Lee Seung-hyub, “Spring of Youth” telah bermula dengan rating 1.4% namun, turun mendadak ke 0.7% untuk episod seterusnya.
Begitu juga dengan “24-Hour Health Club” yang merekodkan rating hanya 1.8% untuk episod pertama dan keduanya, agak rendah untuk drama yang diterajui idola popular iaitu Lee Jun-young dan Jung Eun-ji.
Manakala “Crushology 101” pula terus menunjukkan rating rendah dan tidak pernah melepasi 1.5%, setakat 8 episod yang ditayangkan kini.
Hmm kenapa agaknya?