Ikuti Kami:

“Tak Kan Menyesal..” – Ucapan Manis Lee Sangyeob Buat Isteri Jadi Perhatian

“Tak Kan Menyesal..” – Ucapan Manis Lee Sangyeob Buat Isteri Jadi Perhatian

Tak sangka Lee Sang-yeob dah menjadi suami orang rupanya!

Selepas mengumumkan mengenai hubungan cintanya bersama seorang wanita bukan selebriti tahun lalu, pelakon lelaki itu akhirnya mengikat tali perkahwinan kelmarin.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Lee Sang-yeob telah pun meluahkan perasaan cinta buat isterinya.

Tulis lelaki itu,

Saya dah jumpa seorang wanita hebat yang saya mahu habiskan kehidupan bersama. Untuk waktu selebihnya ini, saya akan mencintai dan bahagia tanpa sebarang penyesalan. Tujuan saya menyapa ini adalah untuk berterima kasih tak terhingga buat semua yang mengucapkan tahniah pada hari pertama kami. Terima kasih sangat.

Saya menjadi seorang yang lebih berfikiran mendalam sek sokongan yang tak berbelah bagi peminat, rakan dan keluarga. Sebagai pelakon, saya akan membalasnya, terima kasih.

Dalam pada itu, dia sempat berkongsi beberapa keping foto di majlis perkahwinan yang meriah dan dihadiri oleh rakan taulan dalam industri itu.

Semoga berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...