Meskipun drama “Lovely Runner” dah lama tamat, gandingan hebat antara Kim Hye-yoon dan Byeon Woo-seok nampaknya masih sukar untuk dilupakan.
Baru-baru ini, Kim Hye-yoon telah mengadakan acara perjumpaan ‘Hye-ppiness’ bersama peminat yang berlangsung di Taipei, Taiwan.
Ketika acara berlangsung, wanita itu turut dikejutkan dengan ucapan sokongan dari Byeon Woo-seok yang berbunyi,
Helo, ini pelakon Byeon Woo-seok. Saya dengar Hye-yoon sedang mengadakan perjumpaan peminat jadi, saya ingin bertanya khabar. Saya tahu ramai peminat telah menunggu ini jadi, saya sangat berharap Hye-yoon dan peminatnya dapat bergembira bersama. Tahniah dan sila nikmati acara tersebut. Terima kasih.
#KimHyeYoon received congratulatory messages from #LovelyRunner co-star #ByeonWooSeok at her fan meet “Hye-ppiness” in Taiwan.
“Hello, this is actor Byeon Woo Seok. I heard that Hye Yoon is having a fan meeting, so I wanted to say hi. I know a lot of fans have been waiting for… pic.twitter.com/o8izzZzrw4
— K-Drama Handle (@kdramahandle) August 26, 2024
Langsung tidak sangka dengan kejutan tersebut, Kim Hye-yoon terus meluahkan rasa syukurnya pada lelaki itu dan berkata,
Saya bersyukur Woo-seok melakukan ini untuk saya. Seperti yang dia katakan, saya akan pastikan untuk berseronok dengan peminat saya. Terima kasih banyak. Saya benar-benar tidak tahu. Ia sangat tidak dijangka sehingga saya sedikit bingung jadi, tolong maafkan kejanggalan saya.
Elele comel je tau!