Selepas “Squid Game” dan “All Of Us Are Dead”, Lee Yoo-mi kembali menemui penonton dengan siri Netflix terbaru, “Mr. Plankton”.
Bergandingan dengan Woo Do-hwan, “Mr. Plankton” mengikuti seorang lelaki dan bekas kekasihnya, yang terpaksa menemani satu sama lain dalam perjalanan terakhir hidupnya.
Dalam satu temu bual, Lee Yoo-mi bercakap tentang gandingannya bersama Woo Do-hwan, yang menerima pujian dari penonton. Luah wanita itu,
Saya rasa kami jadi semakin rapat selepas banyak berbual pada mulanya. Kami berkomunikasi sebagai rakan seperjuangan dan rakan sekerja yang bekerja bersama sebagai satu pasukan. Terutama dalam adegan sawah padi, saya rasa saya sangat mencurahkan segala-galanya.
Sambungnya,
Semasa kami terus melakukan penggambaran, ‘chemistry’ kami terus berkembang ke tahap di mana kami tiada rasa janggal.
Haa korang dah habis layan ke drama ni?