Ikuti Kami:

“Tak Hormat” – Lee Junho Dicium Secara Paksa Di Perjumpaan Peminat, Netizen Luah Rasa Kesal

“Tak Hormat” – Lee Junho Dicium Secara Paksa Di Perjumpaan Peminat, Netizen Luah Rasa Kesal

Junho 2PM baru-baru ini disentuh secara paksa oleh seorang peminat.

Junho kini sedang dalam jelajah ‘Midnight Sun fan-con’, yang terbaru di São Paulo, Brazil. Idol-aktor itu menyambut peminat di negara itu untuk kali pertama semasa acara istimewa tersebut.

Semasa salah satu bahagian persembahan, Junho membongkok untuk membenarkan seorang peminat mengambil gambar bersamanya. Namun, peminat tersebut sebaliknya memeluk lehernya dan menariknya ke bawah, lalu mencium pipinya.

Junho kemudian berdiri semula, kelihatan seolah-olah ketawa dalam situasi itu sebelum bergerak menjauh.

Setelah insiden tersebut dikongsi secara online, netizen meluahkan rasa marah terhadap kejadian itu. Walaupun reaksinya kelihatan tenang, idola itu tidak menunjukkan tanda memberikan kebenaran, dan peminat tersebut mengambil kesempatan atas kebaikannya.

Ramai yang berpendapat bahawa walaupun niat peminat mungkin baik dan budaya mereka mungkin lebih terbuka dengan kasih sayang, seharusnya Junho diminta izin terlebih dahulu.

Kena lah ada batasan sebagai peminat kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...