Baru-baru ini, Hye-ri telah menghadiri majlis anugerah fesyen tahunan yang berlangsung di S Factory, Seoul.
Tampil dengan gaun hitam yang menawan, Hye-ri juga telah berjaya membawa pulang anugerah ‘Wanita Ikon Gaya Terbaik’ di acara tersebut dan memberikan ucapan,
Saya sangat teruja untuk menerima anugerah yang hebat ini. Saya berharap untuk kembali lagi dengan penampilan yang lebih cantik. Terima kasih!
Khususnya, sikap tenang Hye-ri di majlis itu telah dipuji dan menarik perhatian ramai, tambahan pula selepas gosip menyatakan bahawa Han So-hee membuka akaun Instagram palsu untuk mengutuknya, hangat menjadi bualan sebelum ini.
Meskipun agensi Han So-hee telah menafikan dakwaan tersebut namun, ramai yang semakin sangsi dan tetap percaya bahawa akaun palsu itu adalah milik pelakon wanita tersebut.
Sehingga kini, pihak Hye-ri pula masih berdiam diri dan nampaknya memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang respon.