Ikuti Kami:

Tak Dibenarkan Balik Korea, Hyoyeon SNSD, Bomi APINK & Ramai Lagi Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Bali

Tak Dibenarkan Balik Korea, Hyoyeon SNSD, Bomi APINK & Ramai Lagi Ditahan Oleh Pihak Berkuasa Bali

Kesemua ahli rancangan “Pick Me In Bali” telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan media, kesemua ahli serta pasukan produksi “Pick Me Trip In Bali” telah ditahan di Bali selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa pihak produksi rancangan itu telah membuat penggambaran tanpa kebenaran yang sewajarnya.

Pelakon dan krunya termasuk Hyo-yeon Girls’ Generation, Bo-mi APINK, Dita SECRET NUMBER dan bekas ahli I.O.I iaitu Im Na-young. Kesemua mereka telah dilaporkan tiba di Bali pada 21 April yang lalu dan dijadualkan pulang pada 25 April.

Walaubagaimanapun. kepulangan mereka telah disekat oleh pihak berkuasa kerana mereka tidak mempunyai kebenaran yang sepatutnya.

Kini, pasport milik kesemua staf serta ahli rancangan itu telah dirampas dan mereka perlu menginap di sebuah hotel buat sementara waktu sementara kes tersebut disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

pick-me-trip-bali

Sumber juga menyatakan bahawa kesemua mereka akan dapat pulang ke Korea pada minggu hadapan.

Hmm macam-macam jadinya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...