Siapa yang tonton “Sweet Home” pastinya tahu kan dengan badan berotot Lee Si-young yang dikagumi ramai?
Menerusi saluran YouTube “Salty Brother Shin Dong-yup”, Lee Si-young berkongsi bahawa ketika membina badan untuk siri “Sweet Home”, hormon lelakinya terus meningkat. Katanya,
Semasa saya menjalani penggambaran ‘Sweet Home’, saya bersenam dengan sepenuh jiwa. Buat pertama kalinya, jisim otot saya melebihi 30%. Peratusan lemak badan saya juga naik hingga sekitar 6%.
Balas Shin Dong-yup terkejut,
Malah untuk lelaki, 6% lemak badan adalah tidak masuk akal.
Bukan itu sahaja, Lee Si-young turut mengimbas kembali apa yang dia perlu lalui dahulu,
Selepas lemak badan saya kembali normal, saya masih tak datang haid jadi saya pergi ke hospital. Doktor kata badan saya menipu dirinya sendiri kerana ia fikir saya bukan seorang wanita. Saya sangat terkejut.
Memandangkan dia sedang menerima rawatan, wanita itu juga berkongsi bahawa dia harus menahan dari minum alkohol selama lima bulan.
Semoga Lee Si-young sihat sentiasa!