Terbaru pada 5 Julai, RM telah muncul sebagai tetamu pertama dalam saluran YouTube “콜드 Colde”.
Khususnya dalam siaran itu, RM menceritakan tentang lagunya bersama Colde berjudul “Don’t ever say love me”. Ketika ditanya,
Tema album ini ialah ‘Cinta’. Pada pendapat awak, apakah pendorong untuk kami terus menyanyi tentang cinta?
Jawab RM,
Sebulan dua lalu, saya berbincang dengan seorang pemuzik senior tentang ‘Mengapa cinta itu perlu?’, ‘Mengapa manusia diprogramkan untuk sentiasa mencintai?’. Saya fikir daya penggerak untuk mencintai adalah kerana cinta memang wujud dalam diri kita. Ia seperti kita tidak boleh menafikan sesuatu yang kita miliki.
Sambung ketua kumpulan BTS itu lagi,
Dalam era sosial ini, lebih mudah untuk menyatakan kebencian atau rasa jijik mereka pada orang lain. Pada akhirnya, saya fikir ia adalah satu kebaikan untuk bercakap tentang cinta dan menyebarkan cinta dan posiviti.
Setuju dengan RM!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉