Ikuti Kami:

“Tak Boleh Kutuk” – Masih Jadi Bualan Hangat, Banyak Foto Zaman Sekolah Han Sohee Tular

“Tak Boleh Kutuk” – Masih Jadi Bualan Hangat, Banyak Foto Zaman Sekolah Han Sohee Tular

Sehingga hari ini, nama Han So-hee masih meniti di bibir ramai orang dek isu percintaannya dengan Ryu Jun-yeol.

Baru-baru ini, netizen telah berkongsi beberapa foto graduasi Han So-hee di laman komuniti dalam talian, menarik perhatian ramai.

Ulas mereka,

Sesetengah orang mengatakan dia buat pembedahan plastik tetapi apa yang saya lihat adalah dia cantik sejak zaman sekolah menengah. Proporsi badannya sukar dipercayai. Dia kelihatan sama seperti sekarang.

han sohee

Menerusi gambar yang dikongsi, pelakon “The World of the Married” itu nampak manis dan cantik, tidak jauh beza dari dirinya sekarang.

Meskipun ada yang mengutuk wajah wanita itu namun, ramai mempunyai pendapat sebaliknya dan memuji,

Dia memang nampak lain sebab zaman tu kan tiada suntingan foto lagi. Mereka yang mengutuk wajahnya itu memang tak matang.

 

Seperti yang dijangka, saya tidak boleh mengkritik wajahnya.

 

Tidak masuk akal untuk mengutuk muka Han So-hee.

 

Wajahnya sama je dari dulu hingga sekarang. Ia perkara biasa untuk mempunyai satu atau dua gambar tak cantik dalam hidup anda.

han sohee

Dari dulu memang dah cantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...