Mesti ada je tak kena kalau melibatkan Han So-hee..
Terbaru, Han So-hee telah menghadiri satu acara fesyen jenama popular di Seoul dan tampil menawan dalam gaun hijau aqua.
Walaupun anggun, netizen pantas menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tatu di belakang badan Han So-hee, di mana ramai mengatakannya nampak ‘murahan’.
Komen yang ditinggalkan merangkumi ungkapan ‘tidak setuju’ dan kritikan tajam, di mana tatu berkenaan kelihatan tidak sesuai untuk estetika fesyen mewah, tambahan pula di acara berprestij sebegitu.
Antara komen,
- Tatu dia nampak murah.
- Sebab tak boleh kutuk muka, mereka cari salah lain.
- Tak minat tengok tatu dia.
- Ya, dia cantik tapi penampilan tu tak sesuai dengan majlis berkenaan.
Pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.