Ikuti Kami:

“Tak Boleh Bergerak..” – Lee Hongki F.T. Island Dedah Hidap Penyakit Jarang Dijumpai

“Tak Boleh Bergerak..” – Lee Hongki F.T. Island Dedah Hidap Penyakit Jarang Dijumpai

Lee Hong-ki telah berkongsi tentang keadaan kesihatan dirinya yang tidak pernah dia kongsikan di mana-mana.

Pada 18 Disember, Lee Hong-Ki muncul di saluran YouTube “Shining Light on Pyogenic Granuloma” milik Novartis Korea.

Di mana di dalam video tersebut, dia telah berkongsi mengenai penyakit yang dihidapinya sejak dari sekolah menengah.

Katanya,

Saya menghidap penyakit pyogenic granuloma (sejenis penyakit kulit) sejak zaman sekolah menengah. Penyakit ini biasanya mengambil masa 7 hingga 10 tahun untuk diagnosis, dan sering menyebabkan rasa malu, kesakitan, dan kemurungan disebabkan oleh pembedahan yang kerap. Ianya juga mengganggu kehidupan harian dan aktiviti sosial saya.

Tambah ahli F.T. Island itu,

Disebabkan ini, ada masa yang saya terpaksa meninggalkan kerja saya secara tiba-tiba atau membatalkan jadual seperti konsert. Saya tidak boleh bergerak, tidak boleh menyanyi, dan tidak boleh menaiki kapal terbang.

lee hongki

Tidak berhenti di situ, dia menyambung,

Awak tidak boleh melakukan apa-apa dan malu untuk memberitahu orang lain. Pernah satu kali, bengkak itu pecah tanpa pengetahuan saya, dan nanah serta darah terus keluar. Keadaan itu begitu teruk sehingga saya selalu membawa pakaian dalam sebagai persediaan. Sakit dan ketidakselesaan pada saat itu melebihi imaginasi.

Adunya lagi,

Orang sering menganggap ini sebagai alasan, malah ahli F.T. Island yang lain juga pernah berfikir yang saya memberi alasan. Tetapi, selepas menceritakannya kepada mereka, saya tidak lagi merasa malu.

lee hongki (1)

Malah, Lee Hong-ki turut menambah,

Sekarang, saya dengan selesa menjalani rawatan dan terapi. Jadi buat orang di luar sana yang menghidapi penyakit ini, ingatlah ini bukan salah awak. Jadi awak tidak perlu menyalahkan diri atau berasa malu.

Harapnya Lee Hong-ki dah semakin sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...