Ikuti Kami:

“Tak Boleh Berdiri & Berjalan..” – Byul Kongsi Anak Bongsu Hidapi Penyakit Saraf

“Tak Boleh Berdiri & Berjalan..” – Byul Kongsi Anak Bongsu Hidapi Penyakit Saraf

Siapa sangka pada wajah yang gembira, terselit duka di belakang dan tiada siapa mengetahui tentangnya.

Baru-baru ini Byul, isteri Haha telah meluahkan perasaan mengenai kehilangannya dari media sosial sejak kebelakangan ini selain berkongsi bahawa anak bongsunya, Song telah didiagnos dengan sindrom Guillain-Barre. Ianya merupakan masalah saraf di mana sistem pertahanan badan individu menyerang saraf badan hingga menyebabkan kelemahan otot, kehilangan refleks dan badan berasa kebas.

Tulis Byul,

Saya memberi kemas kini pertama kali setelah sekian lama. Song sakit. Sebab itu, saya tidak boleh berbuat apa buat seketika termasuklah Instagram, saluran YouTube, dan rakaman untuk album studio. Disebabkan ianya berlaku secara tiba-tiba pada seorang anak yang sihat, anak itu dan keluarga kami serta saya mengalami masa yang sangat sukar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Goeun Kim (@sweetstar0001)

Dia kemudiannya mengesahkan bahawa Song terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan sindrom berkenaan. Bahkan tempoh yang dilalui itu merupakan sesuatu pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila melihat kanak-kanak lain yang sakit di hospital itu. Pun begitu, Byul menjelaskan bahawa Song sudah mulai sembuh kini. Ulasnya,

Selepas dibawa pulang ke rumah, dia semakin pulih setiap hari. Seorang anak yang sangat sakit sampai tak boleh berjalan atau berdiri sendiri dah boleh lepaskan tangan ibunya dan berbuat hal itu sendiri.

Walaupun bersyukur dengan keadaan anaknya yang sudah membaik, Byul meminta berasa bersalah terhadap ibu lain dan meminta kemas kini mengenai kesihatan yang lain sekiranya terbaca entri itu.

haha byul

Ceritanya mengenai kehilangan itu,

Semasa Song dimasukkan ke hospital dan berasa sakit, ianya merupakan situasi di mana kami tak tahu masalah ini akan lebih membaik dan sebaik mana kesihatannya nanti.. jadi kami tak boleh beritahu sesiapa.. dan memang kami tak mahu. Namun, di klinik pesakit luar yang kami lawat tak lama dulu, kami terdengar yang Song tidak perlukan ubat atau pemulihan, jadi kami ingin berkongsi dengan anda semua kini.

Akhir kata, Byul meminta maaf buat peminat dan rakan sekerja dek kemas kini ini dan berjanji akan menyapa semua dengan sihat nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...