Ikuti Kami:

“Tak Bijaknya..” – Pegawai Uniform Di KLIA Dikecam Sebar Info Penerbangan Ji Changwook

“Tak Bijaknya..” – Pegawai Uniform Di KLIA Dikecam Sebar Info Penerbangan Ji Changwook

Kalau pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menjalankan tugas dengan telus pun gagal mengikut peraturan, bagaimana orang mahu mempercayai mereka lagi?

Umum mengetahui bahawa Ji Chang-wook telah datang ke Malaysia dua hari lalu bagi menyertai perasmian seutas jam tangan berjenama mewah yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur.

Peluang emas itu nyata tidak dilepaskan peminat tempatan apabila ramai yang sudah mengkerumuni perkarangan pusat beli-belah berkenaan bagi melihat secara berhadapan pelakon kacak berkenaan.

Dari entri di Instagram, Ji Chang-wook juga dilihat sempat berjalan di sekitar Bukit Bintang seusai majlis itu tamat.

ji changwook kl

Walau bagaimanapun, momen indah itu sedikit tercemar apabila seorang individu yang dipercayai merupakan pegawai beruniform bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilihat memuat naik info penerbangan pelakon itu yang pulang ke Incheon, Korea Selatan pada malam semalam.

Sumber dari Twitter, individu itu memuat naik maklumat berkenaan di TikTok peribadinya pada petang sebelum penerbangan tersebut. Malah dia sempat berkongsi foto yang ditangkap bersama Ji Chang-wook ketika dalam bas shuttle ke gate pelepasannya.

ji changwook kl

Rata-rata peminat meluahkan rasa marah memandangkan individu berkenaan yang sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi dan rahsia untuk tatapan umum. Malah ada yang mempertikaikan sama ada dia berpegang dengan janji untuk sentiasa bersikap telus semasa menjalankan tugas.

Komen peminat tempatan,

Terpaling privilege.. bodoh je kantaoikan diri sendiri.

 

Ughh…

 

Mohon kena tindakan tata tertib.

 

Depan mata baik je dia ni.. tapi jangan lah buat perangai macam ni.

 

Tak profesional, buat malu pakai uniform je.

Walau bagaimanapun, video asal dari individu itu dilihat sudah pun dipadam di akaun TikTok miliknya.

Kerja kena lah kena gaya.. tahu seronok kalau jumpa artis Korea..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...