Peserta bagi bahagian ke-2 “I-Land 2” telah dipilih.
Terbaru, pada 6 Jun Mnet telah mengeluarkan episod terbaru “I-Land 2” di mana, kesemua peserta bagi bahagian ke-2 telah dipilih mengikut undi yang sudah dijalankan.
Malah, mereka turut mengumumkan penyingkiran beberapa orang peserta yang tidak akan bersama dengan ahli yang lain dalam bahagian ke-2.
Antara peserta yang tersingkir ialah LINGLING yang menduduki tempat ke-10 dengan sebanyak 444 ribu undian.
not a SINGLE korean in lingling’s speech ou love that for her pic.twitter.com/9HuqIULz3e
— diane (@all4swh) June 6, 2024
Terlebih dahulu, peserta yang berasal dari Klang, Selangor itu merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia dan Asia Tenggara yang ikut serta bertanding dalam rancangan “I-Land 2”.
Meskipun perjalanannya tidak panjang, rata-rata peminat antarabangsa dan Malaysia telah meluahkan rasa bangga mereka terhadap LINGLING serta berharap agar gadis itu akan dapat memenuhi impiannya untuk menjadi penyanyi idola di Korea.
Komen peminat,
- Sedihnya LINGLING dah tersingkir..
- Semoga LINGLING berjaya di luar sana!
- Kami akan sentiasa menyokong awak!
- Kami akan rindui awak..
- Semoga selepas ini awak dapat penuhi impian awak!
Selamat maju jaya LINGLING!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.