Ikuti Kami:

“Tak Bahagia..” – 2 Tahun Berlalu, Jessi Akhirnya Dedah Sebab Utama Keluar Dari P NATION

“Tak Bahagia..” – 2 Tahun Berlalu, Jessi Akhirnya Dedah Sebab Utama Keluar Dari P NATION

Jessi akhirnya telah menceritakan sebab mengapa dia pergi meninggalkan P NATION.

Terkini, Jessi telah menjadi tetamu dalam rancangan podcast “Daebak Show” bersama Eric Nam. Di mana, penyanyi rap wanita terkenal itu telah berkongsi sebab mengapa dia meninggalkan syarikat P NATION.

Terlebih daulu, Jessi yang juga merupakan artis pertama naungan P NATION telah meninggalkan syarikat itu selepas 3 tahun bersama. Disebabkan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungannya bersama pengasas syarikat itu, PSY.

Kata Jessi,

Sejujurnya, P NATION ialah syarikat yang terbaik yang penah saya masuk. Saya juga jana banyak wang dari syarikat itu. Malah, mereka juga layan saya dengan baik.

Tambahnya,

Tapi, saya rasa macam syarikat itu tidak sesuai dengan saya. Walaupun pendapatan saya meningkat, saya rasa tak bahagia.

jessi-psy

Sambungnya lagi,

Ramai yang ingat saya bergaduh dengan PSY, tapi ianya tidak. Kami masih lagi berbaik dan PSY juga sangat menghormati keputusan saya untuk pergi meninggalkan syarikat itu. Saya keluar dari situ sebab saya nak cuba benda baru dan cari kebahagiaan saya sendiri.

Jessi dah pun terangkan perkara sebenar jadi harapnya tiada yang buat spekulasi sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...