Pelakon Seo Hyun-jin mendedahkan bahawa dia kehilangan 4kg ke 5kg semasa penggambaran siri Netflix, “The Trunk”.
Dalam satu temubual istimewa, Seo Hyun-jin telah bercerita lebih mengenai penggambaran drama itu. Apa yang menarik perhatian ramai ialah bentuk fizikal wanita itu yang kurus hingga menampakkan tulang belakang terutamanya ketika adegan ranjang bersama Gong Yoo.
Jelasnya,
Saya tidak menjalani diet khusus, tetapi keadaan fizikal saya mungkin terjejas kerana babak berkayak dan menjaga anjing peliharaan saya, yang banyak menghabiskan tenaga.
Walau bagaimanapun, pelakon wanita tersebut mendedahkan bahawa dia sudah kembali sihat kini.
“The Trunk” dalah sebuah drama misteri melodrama yang mengisahkan perkhidmatan perkahwinan rahsia yang terbongkar melalui penemuan sebuah peti beg pakaian di tepi tasik dan kisah perkahwinan aneh antara dua individu di dalamnya. Seo Hyun-jin memegang watak Noh In-ji, seorang wanita yang menjadi kesepian akibat perkahwinannya.
Betuk-betul mendalami watak kan Seo Hyun-jin?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.