“Tak Ada Tangan Ke?” – Suruh Pengurus Basuh Pinggan, Ryu Junyeol Dilapor Pernah Salah Gunakan Kuasa?
- oleh najmina
- 2 tahuns lalu
Netizen telah menjumpai video temu bual Ryu Jun-yeol pada masa lalu dan mendapati bahawa pelakon tersebut pernah menyalahgunakan kuasa?
Pada tahun 2022 yang lalu, Ryu Jun-yeol telah membuat penampilan sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Chim Chak Man”. Di mana, dia telah mendedahkan gaya hidupnya.
Katanya,
Saya tak suka pakai pinggan atau sudu plastik, jadi sebab itu saya sentiasa bawa perkakas makan serta pinggan saya sendiri. Pengurus saya yang akan basuhkan segala perkakas tersebut selepas saya guna.

Selepas video itu tular, rata-rata netizen telah mengkritik serta meluahkan kemarahan mereka terhadap kelakuan pelakon tersebut.
Antara komen netizen ialah,
Tak ada tangan ke?
Mengecewakan betul.
Kesian pengurus dia.
Kenapa nak kena suruh orang lain basuhkan?
Keyakinan diri dia sangat melampau.
Dah pandai makan, kena la pandai bersihkan.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




